K.E.H.I.D.U.P.A.N

K.E.H.I.D.U.P.A.N

Tuesday 26 April 2011

Alhamdulillah....

Syukur teramat-amat...tepat jam: 12.05 tengahari...hp berbunyi call daripada Liyana...."Yien...aku raso nk tiok doh nih....suko sangat2 hidupku kembali ceria..." dalam hati eh kenapa dengan si yana ni..."Yien awk sambung smula lah yien...2hb Mei ni lapor diri"....ooohh begitu ceritanya....Alhamdulillah Syukur....dalam hati hanya Tuhan  saja yang tahu betapa gembiranya dpt bekerja semula di Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia...Syukur, Syukur, Syukur....Alhamdulillah...

Monday 18 April 2011

terlalu CINTA

Inikah yang dinamakan CINTA? Percintaan sebelum berkahwin dan selepas berkahwin memang berbeza...dulu sebelum kahwin kita happy nk buat apa-apa...tak fikir orang sekeliling...senang ke? ada duit ke? semua itu tak kisah asalkan dapat bersama dengan orang yang kita CINTAI.....tapi selepas berkahwin...CINTA itu berubah menjadi lain....sama-sama merasa susah dan senang....si suami biasanya banyak berkorban utk mengukuhkan kewangannya demi masa depan isteri dan anak-anak....terlalu CINTA...dengan keluarga yang dibina...sehinggakan sanggup bekerja lebih masa mencari rezeki yang halal dan sesuap nasi...kalau dulu kita hanya memikirkan diri sendiri...tetapi berbeza dengan sekarang...kita akan berfikir panjang untuk anak-anak....terlalu CINTA hidup berkeluarga ini....selagi ada kudrat dan tenaga muda sekarang....si suami bekerja keras...kesian tengokkan si suami...pada awal pagi dah bangun untuk punch card jam 6.30 pagi....jam 6.00 petang masih tidak pulang-pulang si suami....menyiapkan kerja-kerja di pejabat...jam 10.00 malam juga tidak pulang lagi...si isteri menunggu dengan sabar...dan telah selesai menguruskan anak-anak....lebih kurang jam 1.00 - 2.00 pagi barulah si suami pulang....(kadang-kadang si isteri sudah pun tidur) inilah yang dinamakan terlalu CINTA....


si isteri tidak dapat membantu meringkan beban si suami...si isteri tidak bekerja hampir dua bulan...tetapi si isteri tidak putus asa untuk mencari kerja...dimana sahaja terdapat kekosongan jawatan, si isteri menghantar resume....mungkin belum ada rezeki lagi buat si isteri....tkpe lah si suami bersabarlah...begitulah apabilan menjadi suami dan ayah (ketua keluarga) harus bekerja keras untuk menampung keluarga....tetapi si isteri kesian dengan kerja si suami, si isteri terlalu CINTA.....

Sunday 10 April 2011

sampai bila?

Sampai Bila harus menunggu keputusan??? Dah nak masuk 3 minggu berada di rumah...tp masih belum menerima sebarang surat untuk penyambungan semula kontrak di Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Kelantan....dari Oktober 2002 hingga Mac 2011 saya masih belum mempunyai pekerjaan tetap...Sampai Bila??? Masa saya terbuang begitu sahaja...pekerjaan saya selama 9 tahun tidak dapat membantu saya untuk berbuat apa2...tp sepanjang 9 tahun berkhidmat di Kementerian Pelancongan saya bersyukur...suka duka bersama...mencari rezeki yang halal disini..tp Sampai Bila???? Harus saya menunggu untuk mencari pekerjaan tetap dan berpencen...hinggakan saya tidak dapat untuk membuat pinjaman/loan rumah...umur semakin tua...untuk mendapat pekerjaan sekarang memang terlalu sukar...kerana umur mungkin....Sampai Bila??? hendak saya meneruskan kehidupan seharian saya dengan tidak bekerja...kehidupan sekarang semua memerlukan wang....tiada wang...tidak dapat berbuat apa-apa...saya kesian kan si suami...bekerja seorang diri..saya tidak dapat membantu meringkan bebannya...tp itu adalah tanggungjawab nya sebagai suami...selalunya saya membantunya meringankan bebannya dari segi kewangan (contohnya membayar bil-bil)...tp Sampai Bila???? kehidupan saya begini dengan tidak bekerja...hanya menghabiskan masa di rumah bersama-sama anak...rutin harian pagi menghantar anak sekolah, balik rumah, kemas rumah, basuh kain, masak...jam: 12.00 tengahari ambik anak pulang dari sekolah...mandikan anak...suapkan anak nasi...petang rehat kejap, angkat kain...malam hantar anak mengaji quran...siapkan tempat tidur anak...melipat kain...malam 10.00 malam dh tidur...SAMPAI BILA????????????????

Friday 8 April 2011

Kisah Benar

Kisah Benar : Dahulu masa mula-mula mengenali si kawan 'A' ni...tk tau perangai dia teruk...kerana hal kerja saya menjadi rapat dengan dia...ada suatu ketika dahulu semasa saya keluar utk bekerja diluar Kelantan....saya ke Negeri Sembilan bersama dengan 'A'....janji manis dia untuk balik awal ke Kelantan membuatkan saya gembira teramat sangat al-maklumlah dah berapa hari tinggal kan anak-anak...saya berkemas2 di hotel menunggu 'A' datang jemput saya di Hotel....jam 5.00 petang masih lagi tidak sampai...call tak angkat...call orang lain angkat...apa hal ni 'A'..rupa-rupanya dia tinggalkan saya seorang diri di Hotel...'A' mengikuti rombongan ke tempat lain...dengan membawa hati yang merajuk saya membeli tiket keretapi malam itu...(dalam hati berjanji tak nak berkawan dengan 'A' lagi)'A' PENIPU BESAR...

Kisah Benar : Selepas kejadian tersebut lebih kurang 1 bulan 'A' datang ke pejabat...perasaan marah saya bertukar menjadi OK kerana tugasan kerja yang hendak diselesaikan...atas alasan kerja saya berkawan rapat lagi dengan 'A'...sebelum ni saya pernah mendengar cerita hal 'A' melalui rakan-rakan kerja 'A'...baru saya percaya bahawa 'A' ni tak boleh dipercayai sangat....PENIPU BESAR...

Kisah Benar : Tiba-tiba memang saya menjadi begitu rapat sekali dengan 'A'...datang ke rumah...makan bersama, shopping bersama, bekereta kemana-mana bersama-sama...suka dan duka bersama-sama...'A' saya menilai sepanjang persahabatan baik dan suka menolong orang...(kerana saat ini 'A' sangat MEWAH)...boleh buka kedai pakaian dengan serta-merta...boleh pinjamkan duit kepada rakan-rakan yang lain..memang 'hot budget' uuhhh.....

Kisah Benar : Nak jadikan cerita...'A' pada satu malam singgah ke rumah saya untuk menukar pakaian...so, saya bagi pinjam pakaian saya...siap keluar makan ikan bakar lagi dengan 'A' sambil menunggu kawan 'A' datang ke rumah...lepas malam tu, seminggu tak jumpa kerana 'A' ke Kuala Lumpur rumah kakaknya...ntah bila balik KB tak tau lah...coz sekejap cakap duk kat KL, KB, KL yang mana satu....'A' memang seorang yang PENIPU BESAR...

Kisah Benar : Pada suatu hari saya ke Pasir Puteh bersama rakan-rakan (sebuah kereta) hal pejabat...dlm perjalanan balik ke ofis..saya menelefon 'A' dengar suara 'A' baru bangun dari tidur...jam: 11.00 pagi...saya beritahu 'A' nak ke rumah nya untuk berjumpa dengannya...'A' memberitahu nanti nak sampai rumahnya call dulu...saya berpakat dengan kawan-kawan...tak perlu call nanti dia lari...so, saya masuk ke halaman rumahnya..ada seorang makcik tua...oh itu mak 'A'..kita orang dijemput naik ke rumah...mak 'A' memberitahu 'A' tiada di rumah keluar ke rumah mak saudaranya untuk ambil sepupunya pulang dari sekolah...memang 'A' PENIPU BESAR....tiba-tiba mak dia mengambil pakaian saya yang dipinjam pada malam itu...call 'A' tak dijawab...mungkin 'A' ada di rumah tapi bersembunyi dimana-mana...teruk betul 'A'...tiba-tiba jer 'A' jadi perangai GILER, ntah kenapa, bagaimana, dimana silap nya saya dan rakan-rakan yang lain tak tau...kenapa 'A' berubah dengan tiba-tiba..kenapa 'A' ingin melarikan diri dari rakan-rakannya....takpe lah 'A'...nak buat macam mana..memang perangai 'A' tak boleh diubah...dari azali dan asalnya begitu...rakan-rakan harus menerima hakikat mendapat kawan macam 'A'...(tiba-tiba rasa geli hati)...

Kisah Benar : Saya membaca wall di facebook 'A'...'A' berada di KL sekarang ni dan bekerja di Hotel Legend...bahagia 'A' sekarang setelah apa yang 'A' lakukan kepada rakan-rakan...pada malam itu saya dapat lagi membaca wall 'A' tp keesokan harinya wall 'A' tertulis there are no post to show....aik kenapa...pelik...saya menjadi hairan..tiba-tiba tanya rakan-rakan yang lain dia orang semua dpt lagi membaca wall 'A'...kenapa saya tidak boleh...ermmm mungkin dia tak nak berkawan dengan saya...petang itu juga..rakan-rakan saya memberitahu bahawa memang semua tk dapat membaca wall 'A'...KENAPA???? ooo saya faham 'A' tak nak berkawan lagi dengan kita semua...so apa yang ditunggu UNFRIEND cepat2 lagi senang sebelum 'A' UNFRIEND kan kita semua...saya rasa 'A' ada sakit mental yang tak boleh diubati lagi...kesian 'A'...

* 'A' berumur 34 tahun...belum berkahwin....tiada pekerjaan tetap...masih lagi setia pada kekasihnya dulu...perangai macam budak2...dan Ntah APA-APA....

Sunday 27 March 2011

softener & perfumed ironing...

 Softener SMART - 700 ml (Blue)
RM 2.50 per pack

 Perfumed Ironing Starch HYGIENE 

 Perfumed Ironing Starch HYGIENE  
Blue 600 ml
RM 2.50 per pack

  Perfumed Ironing Starch HYGIENE  
Pink 600 ml
RM 2.50 per pack

 Softener ESSENCE - 700 ml (Blue)
RM 3.00 per pack

 Softener Hi CLASS - 700 ml (Blue)
RM 2.50 per pack

Softener HYGIENE - 700 ml (White)
RM 2.50 per pack

* penghantaran percuma sekitar area Kota Bharu sahaja bagi pembelian 2 pek dan ke atas....

THANK YOU

k.o.l.e.k.s.i (2)

Paul Smith T-Shirt - Size M (White)
RM 18 exclude postage

 Free To Ride Save Earth T-Shirt - Size L (White)
RM 20 exclude postage
SOLD OUT

 Paul Smith London T-Shirt - Size L (White)
RM 20 exclude postage 
SOLD OUT

 Paul Smith T-Shirt - Size M (Black)
RM 18 exclude postage

Paul Smith London T-Shirt - Size M (White)
RM 18 exclude postage 
SOLD OUT

 Paul Smith London T-Shirt - Size M (White)
RM 18 exclude postage
SOLD OUT

 Paul Smith London T-Shirt Couple - Size M (White)
RM 18 exclude postage

 Vespa T-Shirt - Size M (White)
RM 18 exclude postage

Paul Smith London T-Shirt - Size M (Black)
RM 18 exclude postage
SOLD OUT

THANK YOU

k.o.l.e.k.s.i

 Paul Smith London T-Shirt - Size XL (Black)
RM 22 exclude postage

 Dalivery Transporter T-Shirt - Size L (Black)
RM 20 exclude postage

 Paul Smith London T-Shirt - Size L (White)
RM 20 exclude postage

 Wolkswagen T-Shirt - Size XL (Black)
RM 22 exclude postage

 Paul Smith T-Shirt - Size L (Black)
RM 20 exclude postage

 Starbucks T-Shirt - Size L (White)
RM 20 exclude postage

 Prince of Guitar T-Shirt - Size S (Black)
RM 16 exclude postage

Paul Smith London T-Shir - Size XL (White)
RM 22 exclude postage

THANK YOU