K.E.H.I.D.U.P.A.N

K.E.H.I.D.U.P.A.N

Monday 18 April 2011

terlalu CINTA

Inikah yang dinamakan CINTA? Percintaan sebelum berkahwin dan selepas berkahwin memang berbeza...dulu sebelum kahwin kita happy nk buat apa-apa...tak fikir orang sekeliling...senang ke? ada duit ke? semua itu tak kisah asalkan dapat bersama dengan orang yang kita CINTAI.....tapi selepas berkahwin...CINTA itu berubah menjadi lain....sama-sama merasa susah dan senang....si suami biasanya banyak berkorban utk mengukuhkan kewangannya demi masa depan isteri dan anak-anak....terlalu CINTA...dengan keluarga yang dibina...sehinggakan sanggup bekerja lebih masa mencari rezeki yang halal dan sesuap nasi...kalau dulu kita hanya memikirkan diri sendiri...tetapi berbeza dengan sekarang...kita akan berfikir panjang untuk anak-anak....terlalu CINTA hidup berkeluarga ini....selagi ada kudrat dan tenaga muda sekarang....si suami bekerja keras...kesian tengokkan si suami...pada awal pagi dah bangun untuk punch card jam 6.30 pagi....jam 6.00 petang masih tidak pulang-pulang si suami....menyiapkan kerja-kerja di pejabat...jam 10.00 malam juga tidak pulang lagi...si isteri menunggu dengan sabar...dan telah selesai menguruskan anak-anak....lebih kurang jam 1.00 - 2.00 pagi barulah si suami pulang....(kadang-kadang si isteri sudah pun tidur) inilah yang dinamakan terlalu CINTA....


si isteri tidak dapat membantu meringkan beban si suami...si isteri tidak bekerja hampir dua bulan...tetapi si isteri tidak putus asa untuk mencari kerja...dimana sahaja terdapat kekosongan jawatan, si isteri menghantar resume....mungkin belum ada rezeki lagi buat si isteri....tkpe lah si suami bersabarlah...begitulah apabilan menjadi suami dan ayah (ketua keluarga) harus bekerja keras untuk menampung keluarga....tetapi si isteri kesian dengan kerja si suami, si isteri terlalu CINTA.....

No comments: