K.E.H.I.D.U.P.A.N

K.E.H.I.D.U.P.A.N

Tuesday 26 April 2011

Alhamdulillah....

Syukur teramat-amat...tepat jam: 12.05 tengahari...hp berbunyi call daripada Liyana...."Yien...aku raso nk tiok doh nih....suko sangat2 hidupku kembali ceria..." dalam hati eh kenapa dengan si yana ni..."Yien awk sambung smula lah yien...2hb Mei ni lapor diri"....ooohh begitu ceritanya....Alhamdulillah Syukur....dalam hati hanya Tuhan  saja yang tahu betapa gembiranya dpt bekerja semula di Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia...Syukur, Syukur, Syukur....Alhamdulillah...

Monday 18 April 2011

terlalu CINTA

Inikah yang dinamakan CINTA? Percintaan sebelum berkahwin dan selepas berkahwin memang berbeza...dulu sebelum kahwin kita happy nk buat apa-apa...tak fikir orang sekeliling...senang ke? ada duit ke? semua itu tak kisah asalkan dapat bersama dengan orang yang kita CINTAI.....tapi selepas berkahwin...CINTA itu berubah menjadi lain....sama-sama merasa susah dan senang....si suami biasanya banyak berkorban utk mengukuhkan kewangannya demi masa depan isteri dan anak-anak....terlalu CINTA...dengan keluarga yang dibina...sehinggakan sanggup bekerja lebih masa mencari rezeki yang halal dan sesuap nasi...kalau dulu kita hanya memikirkan diri sendiri...tetapi berbeza dengan sekarang...kita akan berfikir panjang untuk anak-anak....terlalu CINTA hidup berkeluarga ini....selagi ada kudrat dan tenaga muda sekarang....si suami bekerja keras...kesian tengokkan si suami...pada awal pagi dah bangun untuk punch card jam 6.30 pagi....jam 6.00 petang masih tidak pulang-pulang si suami....menyiapkan kerja-kerja di pejabat...jam 10.00 malam juga tidak pulang lagi...si isteri menunggu dengan sabar...dan telah selesai menguruskan anak-anak....lebih kurang jam 1.00 - 2.00 pagi barulah si suami pulang....(kadang-kadang si isteri sudah pun tidur) inilah yang dinamakan terlalu CINTA....


si isteri tidak dapat membantu meringkan beban si suami...si isteri tidak bekerja hampir dua bulan...tetapi si isteri tidak putus asa untuk mencari kerja...dimana sahaja terdapat kekosongan jawatan, si isteri menghantar resume....mungkin belum ada rezeki lagi buat si isteri....tkpe lah si suami bersabarlah...begitulah apabilan menjadi suami dan ayah (ketua keluarga) harus bekerja keras untuk menampung keluarga....tetapi si isteri kesian dengan kerja si suami, si isteri terlalu CINTA.....

Sunday 10 April 2011

sampai bila?

Sampai Bila harus menunggu keputusan??? Dah nak masuk 3 minggu berada di rumah...tp masih belum menerima sebarang surat untuk penyambungan semula kontrak di Pejabat Kementerian Pelancongan Negeri Kelantan....dari Oktober 2002 hingga Mac 2011 saya masih belum mempunyai pekerjaan tetap...Sampai Bila??? Masa saya terbuang begitu sahaja...pekerjaan saya selama 9 tahun tidak dapat membantu saya untuk berbuat apa2...tp sepanjang 9 tahun berkhidmat di Kementerian Pelancongan saya bersyukur...suka duka bersama...mencari rezeki yang halal disini..tp Sampai Bila???? Harus saya menunggu untuk mencari pekerjaan tetap dan berpencen...hinggakan saya tidak dapat untuk membuat pinjaman/loan rumah...umur semakin tua...untuk mendapat pekerjaan sekarang memang terlalu sukar...kerana umur mungkin....Sampai Bila??? hendak saya meneruskan kehidupan seharian saya dengan tidak bekerja...kehidupan sekarang semua memerlukan wang....tiada wang...tidak dapat berbuat apa-apa...saya kesian kan si suami...bekerja seorang diri..saya tidak dapat membantu meringkan bebannya...tp itu adalah tanggungjawab nya sebagai suami...selalunya saya membantunya meringankan bebannya dari segi kewangan (contohnya membayar bil-bil)...tp Sampai Bila???? kehidupan saya begini dengan tidak bekerja...hanya menghabiskan masa di rumah bersama-sama anak...rutin harian pagi menghantar anak sekolah, balik rumah, kemas rumah, basuh kain, masak...jam: 12.00 tengahari ambik anak pulang dari sekolah...mandikan anak...suapkan anak nasi...petang rehat kejap, angkat kain...malam hantar anak mengaji quran...siapkan tempat tidur anak...melipat kain...malam 10.00 malam dh tidur...SAMPAI BILA????????????????

Friday 8 April 2011

Kisah Benar

Kisah Benar : Dahulu masa mula-mula mengenali si kawan 'A' ni...tk tau perangai dia teruk...kerana hal kerja saya menjadi rapat dengan dia...ada suatu ketika dahulu semasa saya keluar utk bekerja diluar Kelantan....saya ke Negeri Sembilan bersama dengan 'A'....janji manis dia untuk balik awal ke Kelantan membuatkan saya gembira teramat sangat al-maklumlah dah berapa hari tinggal kan anak-anak...saya berkemas2 di hotel menunggu 'A' datang jemput saya di Hotel....jam 5.00 petang masih lagi tidak sampai...call tak angkat...call orang lain angkat...apa hal ni 'A'..rupa-rupanya dia tinggalkan saya seorang diri di Hotel...'A' mengikuti rombongan ke tempat lain...dengan membawa hati yang merajuk saya membeli tiket keretapi malam itu...(dalam hati berjanji tak nak berkawan dengan 'A' lagi)'A' PENIPU BESAR...

Kisah Benar : Selepas kejadian tersebut lebih kurang 1 bulan 'A' datang ke pejabat...perasaan marah saya bertukar menjadi OK kerana tugasan kerja yang hendak diselesaikan...atas alasan kerja saya berkawan rapat lagi dengan 'A'...sebelum ni saya pernah mendengar cerita hal 'A' melalui rakan-rakan kerja 'A'...baru saya percaya bahawa 'A' ni tak boleh dipercayai sangat....PENIPU BESAR...

Kisah Benar : Tiba-tiba memang saya menjadi begitu rapat sekali dengan 'A'...datang ke rumah...makan bersama, shopping bersama, bekereta kemana-mana bersama-sama...suka dan duka bersama-sama...'A' saya menilai sepanjang persahabatan baik dan suka menolong orang...(kerana saat ini 'A' sangat MEWAH)...boleh buka kedai pakaian dengan serta-merta...boleh pinjamkan duit kepada rakan-rakan yang lain..memang 'hot budget' uuhhh.....

Kisah Benar : Nak jadikan cerita...'A' pada satu malam singgah ke rumah saya untuk menukar pakaian...so, saya bagi pinjam pakaian saya...siap keluar makan ikan bakar lagi dengan 'A' sambil menunggu kawan 'A' datang ke rumah...lepas malam tu, seminggu tak jumpa kerana 'A' ke Kuala Lumpur rumah kakaknya...ntah bila balik KB tak tau lah...coz sekejap cakap duk kat KL, KB, KL yang mana satu....'A' memang seorang yang PENIPU BESAR...

Kisah Benar : Pada suatu hari saya ke Pasir Puteh bersama rakan-rakan (sebuah kereta) hal pejabat...dlm perjalanan balik ke ofis..saya menelefon 'A' dengar suara 'A' baru bangun dari tidur...jam: 11.00 pagi...saya beritahu 'A' nak ke rumah nya untuk berjumpa dengannya...'A' memberitahu nanti nak sampai rumahnya call dulu...saya berpakat dengan kawan-kawan...tak perlu call nanti dia lari...so, saya masuk ke halaman rumahnya..ada seorang makcik tua...oh itu mak 'A'..kita orang dijemput naik ke rumah...mak 'A' memberitahu 'A' tiada di rumah keluar ke rumah mak saudaranya untuk ambil sepupunya pulang dari sekolah...memang 'A' PENIPU BESAR....tiba-tiba mak dia mengambil pakaian saya yang dipinjam pada malam itu...call 'A' tak dijawab...mungkin 'A' ada di rumah tapi bersembunyi dimana-mana...teruk betul 'A'...tiba-tiba jer 'A' jadi perangai GILER, ntah kenapa, bagaimana, dimana silap nya saya dan rakan-rakan yang lain tak tau...kenapa 'A' berubah dengan tiba-tiba..kenapa 'A' ingin melarikan diri dari rakan-rakannya....takpe lah 'A'...nak buat macam mana..memang perangai 'A' tak boleh diubah...dari azali dan asalnya begitu...rakan-rakan harus menerima hakikat mendapat kawan macam 'A'...(tiba-tiba rasa geli hati)...

Kisah Benar : Saya membaca wall di facebook 'A'...'A' berada di KL sekarang ni dan bekerja di Hotel Legend...bahagia 'A' sekarang setelah apa yang 'A' lakukan kepada rakan-rakan...pada malam itu saya dapat lagi membaca wall 'A' tp keesokan harinya wall 'A' tertulis there are no post to show....aik kenapa...pelik...saya menjadi hairan..tiba-tiba tanya rakan-rakan yang lain dia orang semua dpt lagi membaca wall 'A'...kenapa saya tidak boleh...ermmm mungkin dia tak nak berkawan dengan saya...petang itu juga..rakan-rakan saya memberitahu bahawa memang semua tk dapat membaca wall 'A'...KENAPA???? ooo saya faham 'A' tak nak berkawan lagi dengan kita semua...so apa yang ditunggu UNFRIEND cepat2 lagi senang sebelum 'A' UNFRIEND kan kita semua...saya rasa 'A' ada sakit mental yang tak boleh diubati lagi...kesian 'A'...

* 'A' berumur 34 tahun...belum berkahwin....tiada pekerjaan tetap...masih lagi setia pada kekasihnya dulu...perangai macam budak2...dan Ntah APA-APA....

Sunday 27 March 2011

softener & perfumed ironing...

 Softener SMART - 700 ml (Blue)
RM 2.50 per pack

 Perfumed Ironing Starch HYGIENE 

 Perfumed Ironing Starch HYGIENE  
Blue 600 ml
RM 2.50 per pack

  Perfumed Ironing Starch HYGIENE  
Pink 600 ml
RM 2.50 per pack

 Softener ESSENCE - 700 ml (Blue)
RM 3.00 per pack

 Softener Hi CLASS - 700 ml (Blue)
RM 2.50 per pack

Softener HYGIENE - 700 ml (White)
RM 2.50 per pack

* penghantaran percuma sekitar area Kota Bharu sahaja bagi pembelian 2 pek dan ke atas....

THANK YOU

k.o.l.e.k.s.i (2)

Paul Smith T-Shirt - Size M (White)
RM 18 exclude postage

 Free To Ride Save Earth T-Shirt - Size L (White)
RM 20 exclude postage
SOLD OUT

 Paul Smith London T-Shirt - Size L (White)
RM 20 exclude postage 
SOLD OUT

 Paul Smith T-Shirt - Size M (Black)
RM 18 exclude postage

Paul Smith London T-Shirt - Size M (White)
RM 18 exclude postage 
SOLD OUT

 Paul Smith London T-Shirt - Size M (White)
RM 18 exclude postage
SOLD OUT

 Paul Smith London T-Shirt Couple - Size M (White)
RM 18 exclude postage

 Vespa T-Shirt - Size M (White)
RM 18 exclude postage

Paul Smith London T-Shirt - Size M (Black)
RM 18 exclude postage
SOLD OUT

THANK YOU

k.o.l.e.k.s.i

 Paul Smith London T-Shirt - Size XL (Black)
RM 22 exclude postage

 Dalivery Transporter T-Shirt - Size L (Black)
RM 20 exclude postage

 Paul Smith London T-Shirt - Size L (White)
RM 20 exclude postage

 Wolkswagen T-Shirt - Size XL (Black)
RM 22 exclude postage

 Paul Smith T-Shirt - Size L (Black)
RM 20 exclude postage

 Starbucks T-Shirt - Size L (White)
RM 20 exclude postage

 Prince of Guitar T-Shirt - Size S (Black)
RM 16 exclude postage

Paul Smith London T-Shir - Size XL (White)
RM 22 exclude postage

THANK YOU

Wednesday 23 March 2011

boring tahap gaban....huhu

Sedihnya hari ni...ayah dh balik ke golok...saya pula takde kereta nk bergerak...al-maklumlah si suami nk ke Tok Bali ada mesin ATM CDM baru nak pasang...huhu terpaksalah si suami menggunakN kereta...keadaan cuaca sekarang tidak menentu...hari ni dari pagi hingga lah sekarang jam: 6.00 petang masih lagi hujan...sejuk dlm rumah...hehehehe....

Boring sangat tak tau nk buat apa...tengok gambar lama-lama suka juga yea...tp saya tk ingat keadaan masa ni...kecik sangat..hehehe malu lah saya botak...hehehe comey kan....BORING TAHAP GABAN...

Tuesday 22 March 2011

Al-Kisahnya....

Salam kepada semua...disini saya ingin meluahkan hati seorang kawan....dulu-dulu memang tidak rapat..semenjak dua menjak ni kita orang berkawan rapat....susah sama susah...senang sama merasa...tp ntah kenapa si kawan ni telah menghilang diri...tidak dapat dihubungi...apa dah jadi dengan si kawan ni??? Saya dan kawan-kawan yg lain kehairanan...sedangkan dia muncul di salah satu laman web sosial...sering berbalas-balas komen dengan sesama kawannya yg lain....




Pada suatu hari...saya membuka wall si kawan ni...tp sudah tidak ada apa-apa hanya yg trtulis 'there are no post to show".....what happened?? mungkin si kawan ini ada menyembunyikan sesuatu..tp kenapa? Sebagai seorang kawan...tidak perlu kita berahsia di antara kita...apa yg hendak dimalukan? Sebagai seorang kawan..mesti memahami masalah yg dihadapi oleh kawannya....tp sekarang si kawan ni tak nak berkawan dengan kita semua...so, saya 'unfriend' sebab terasa hati dengan apa yg si kawan ni telah lakukan..so kpd si kawan jgn cuba utk menyakiti hati di antara kita....AL-KISAHNYA...

Sunday 20 March 2011

'bunga rampai'

Rasa rajin tiba-tiba datang....petang tadi lepas solat zohor pergi lepak2 rumah ayahanda kebetulan dia dan moksu baru je sampai...lagi pun anak2 nk ke rumah tok ayah dah lama....
Puas membaca paper..terlelap sekejap di sofa dengan angin yang sempoi2 bahasa...memang nyaman sekali berada di rumah ayah...sangat2 selesa tp apakan daya saya....SEGALANYA UNTUKMU....
Sedar2 jam di dinding 6.20 petang...alamak belum solat asar lagi...cepat2 ke tandas untuk mengambil wuduk dan terus solat....
Terdengar suara2 sepupu ku di belakang rumah yang sedang memberi makanan untuk kucing2 kesayangannya...terus turun ke rumah belakang...sambil berbual-bual ternampak pohon pandan....ermmmmm....apa salahnya kalau saya ambil 4,5 helai untuk dihiris membuat bunga rampai di rumah...(rajin lah konon nya coz tkde kerja nk buat kan)....
Ke dapur rumah untuk mengambil pisau dan menghiris beberapa daun pandan (13 helai rupanya)...
Sampai dirumah saya terus solat maghrib kerana anak saya yang sulung hendak pergi mengaji quran...setelah selesai mengaji...saya siap sedia untuk menghiris daun pandai untuk membuat bunga rampai...
Hiris punya hiris sampai lah daun ke 6...dah lengoh2 tangan ini...tapi cukup2 6 helai daun pandai di hiris cukup dengan satu bekas crystal saya....yang selebihnya daun pandai saya letak di dapur (peti, atas kabinet, rak kasut)....JIMAT KAN.....DAN HARUM BAU RUMAH KU.....

...FOR THE REST OF MY LIFE...



I praise Allah for sending me you my love 
You found me home and sail with me 
And I`m here with you 
Now let me let you know 
You`ve opened my heart 
I was always thinking that love was wrong 
But everything was changed when you came along 
And theres a couple words I want to say 

Chorus: 
For the rest of my life 
I`ll be with you 
I`ll stay by your side honest and true 
Till the end of my time 
I`ll be loving you.loving you 
For the rest of my life 
Thru days and night 
I`ll thank Allah for open my eyes 
Now and forever I...I`ll be there for you 
I know that deep in my heart 


I feel so blessed when I think of you 
And I ask Allah to bless all we do 
You`re my wife and my friend and my strength 
And I pray we`re together eternally 
Now I find myself so strong 
Everything changed when you came along 
And theres a couple word I want to say 

*Repeat Chorus 

I know that deep in my heart now that you`re here 
Infront of me I strongly feel love 
And I have no doubt 
And I`m singing loud that I`ll love you eternally 

Repeat Chorus 

I know that deep in my heart..


S O    T O U C H I N G.....L O V E ....Y I E [n]


Sarapan Pagi....

Salam dan selamat pagi Ahad untuk semua....

Dari mula tamat kontrak dah lama saya tak srapan pagi...hinggalah ke hari ni...Pn Rosni dari Tourism Malaysia menelefon saya untuk menjemput makan bersama di Pohon Ceri (nasi berlauk sohor)...tanpa berlengah lagi saya bersiap dan juga anak2 saya hantar ke sekolah.  Hari ni si suami kerja jam: 2.30 petang.
Pn Rosni tiba di rumah terus membawa saya ke nasi berlauk pohon ceri...bersama hawa, mala, annor dan praktikal tourism anis...dengan 2 buah kereta....
Sambil makan dan berbual-bual...banyak cerita yang hendak diceritakan kerana sekian lama saya tidak bertemu dengan rakan-rakan yang lain....terasa seronok seperti dulu-dulu (semasa bekerja bersama)...
Sudah selesai makan lupa pulak nk tapau untuk si suami....tapi sempat lagi minta kakak tu bungkus 1 untuk si suami lauk ikan tak nak sambal....
THANKS ROSNI, MALA, HAWA, ANNOR DAN ANIS....C U NEXT TIME.....

Saturday 19 March 2011

M.A.L.A.M....

Jam: 8.50 malam....td terima panggilan telefon dari si suami mengatakan balik lambat mungkin jam 12 or 1 pagi....mmmm apa lagi kesian pada anak2 tk sempat jumpa ayahnya hari ni...ayah pergi kerja dari seawal pagi jam: 6.15 pagi lagi....anak2 bangun ayah sudah pergi kerja...
Nasib baik hari ini dipenuhi dengan membuat beberapa jenis kuih di rumah kakakku...
Setelah selesai mengemas rumah dan menjemur pakaian, 10.30 pagi saya pick-up anak2 saudara di rumah K.la, (lily, shiqa, abid adib n rania) bawa balik ke rumah kak gee...
Mula dengan membuat kuih puding roti dan kek batik....last buat kuih ambong...seronok dapat mempelajari membuat 3 jenis kuih...jam 2.30 petang balik ke rumah...dan masak simple2 jer..(ikan sardin, telur goreng dan gulai ayam mok yg tapau) hehehe....
Sedang menunggu kepulangan si suami ke rumah...sambil menunggu menjenguk blog sekejap...sekarang ni tengah gian untuk menulis blog....
Anak-anakku sekejap lagi masuk tidur yea esok dah mula sekolah...tidur awal supaya esok pagi bangun awal OK....LOVE U SO MUCH....NAYLI N NASRIN...............

x ke 2

Salam...
Ini kali kedua saya membuat blog...dulu dah ada tp lama tk buka tak ada masa, cuba buka tp account blog dh expired....tp sekarang saya akan luangkan masa saya dengan blog yg terbaru ini....Insyallah tiada blog untuk kali ketiga.....
Sebenarnya saya ingin abaikan dari menulis blog, tetapi melihat rakan-rakan yg lain asyik menulis blog masing-masing saya jadi cemburu...apatah lagi membaca blog rakan-rakan dan cerita2 yang menarik ada sedih, gembira macam-macam lagi....dan juga gambar2 untuk kenang-kenangan mereka semua...


Hari ini, 19hb Mac dah 9 hari saya tidak bekerja...berakhir pada 10hb Mac yang lalu (khamis) tamatlah kontrak saya di Pejabat Kementerian Pelancongan Malaysia Negeri Kelantan setelah setahun di situ...bermula lah hari Jumaat hari cuti hujung minggu setiap pekerja di Negeri Kelantan saya mulakan hari saya dengan check-in di Renaissance dengan voucher yang dimenangi oleh suami saya....suka bawa anak2 mandi kolam dah lama mereka tidak menikmati hari yang begitu ceria...
kakak n baby

owhite, ayah n kakak

Beginilah hari saya bersama anak-anak....malam tu pergi dinner di WAU...ramai sangat orang...sampaikan si baby cakap 'jomlah balik ibu...bb ngantuk dah'....belum pun makan lagi tp mata dh tak boleh nk buka...coz main air (penat)....

Saya happy sangat mempunyai suami yang penyayang dan memahami saya walaupun saya tidak bekerja...dia banyak membantu saya (terutamanya dari segi kewangan) hehehe....
Sabtu 12hb Mac, selepas check out jam 10.30 pagi (cuaca hari tu gelap dan hujan tidak henti-henti) saya ke golok menghantar ayahanda tercinta....keadaan di sana sama juga...hujan dan berangin-angin....selepas makan tengahari di rumah moksu, semua keletihan dan tidur di ruang tamu...hinggalah jam 3 petang selepas solat Zohor saya keluar untuk mencari sedikit barang untuk bisnes kecil-kecilan saya....
Tidak lupa, sebelum saya pulang ke Kota Bharu saya akan masuk ke kedai perahu yang menjual makanan mihun celup...memang best sangat siap suruh makcik tu masukkan lebih meatball.....
Ahad 13hb....selepas solat subuh dan menghantar suami saya (dekat pintu rumah jer) jam 6.20 pagi sambung tidur kerana ini adalah hari cuti sekolah bermula....tanpa disedari jam sudah 9.40 pagi...anak2 dah lama bangun dan menonton tv cerita kartun....cepat2 saya ke dapur untuk membuat makanan untuk anak2...maklumlah dia bangun awal lagi mungkin dah lapar.....beginilah hari2 saya sehingga lah ke hari ni....
APA PUN SAYA HAPPY DENGAN KEHIDUPAN HARI INI......